Mendaftar pertubuhan bukanlah satu proses yang rumit seperti ramai sangka kerana sekarang banyak perkara dah boleh lakukan di atas talian sahaja. 

Perkara ini termasuklah mendaftar pertubuhan anda. 

Namun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum mendaftarkan pertubuhan anda. 

Nak tahu macam mana?

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaiman cara menubuhkan pertubuhan dan cara mendaftar pertubuhan di Malaysia. 

Apakah Jenis Pertubuhan Yang Perlu Didaftarkan?

daftar pertubuhan

Biasanya ramai yang tahu kalau nak daftar syarikat, kita perlu ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 

Tapi kalau nak daftar pertubuhan atau kelab pula, nak ke mana?

Anda perlu ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau dalam bahasa Inggeris, Registration of Societies Malaysia (ROS). 

Pertubuhan atau kelab apa yang perlu mendaftar dengan JPPM ni?

Menurut JPPM, apa-apa pergerakan, pertubuhan atau persatuan yang mempunyai minimum 7 orang ahli perlu didaftarkan. 

Tidak kiralah apa jenis pun atau apa tujuan pun, sama ada sementara atau kekal, mesti didaftarkan. 

Tetapi, kalau pergerakan, pertubuhan atau persatuan itu mempunyai akta/undang-undang khusus yang lain, ia tidak perlu didaftarkan di bawah JPPM. 

Contoh pertubuhan beli perlu didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 1997, dan lain-lain akta yang berkaitan. 

Bagaimanakah Cara Menubuhkan Pertubuhan?

daftar pertubuhan

Biasanya ramai yang tahu kalau nak daftar syarikat, kita perlu ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 

Tapi kalau nak daftar pertubuhan, kelab persatuan dan NGO pula, nak ke mana?

Anda perlu ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau dalam bahasa Inggeris, Registration of Societies Malaysia (ROS). 

Pertubuhan atau kelab apa yang perlu mendaftar dengan JPPM ni?

Menurut JPPM, apa-apa pergerakan, pertubuhan atau persatuan yang mempunyai minimum 7 orang ahli perlu didaftarkan. 

Tidak kiralah apa jenis pun atau apa tujuan pun, sama ada sementara atau kekal, mesti didaftarkan. 

Tetapi, kalau pergerakan, pertubuhan atau persatuan itu mempunyai akta / undang-undang khusus yang lain, ia tidak perlu didaftarkan di bawah JPPM. 

Contoh pertubuhan belia perlu didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 1997, dan lain-lain akta yang berkaitan. 

Bagaimanakah Cara Menubuhkan Pertubuhan?

    daftar pertubuhan

    Bagi menubuhkan pertubuhan, satu mesyuarat mestilah diadakan dan dihadiri oleh minimum 7 orang dan nama-nama mereka mestilah dicatitkan di dalam minit Mesyuarat Penubuhan. 

    Mesyuarat penubuhan perlulah membuat ketetapan-ketetapan seperti berikut: 

    1. Bersetuju tentang penubuhan pertubuhan 
    2. Meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan (nama pertubuhan perlulah selaras dengan tujuan dan keahlian pertubuhan)
    3. Meluluskan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan
    4. Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk mengendalikan urusan pendaftaran pertubuhan 

    Senarai AJK Penaja perlulah mempunyai butir-butir berikut:

    • Nama penuh seperti dalam MyKad
    • Jawatan dalam pertubuhan
    • Nombor kad pengenalan
    • Tarikh lahir dan tempat lahir (daerah) 
    • Pekerjaan 
    • Emel 
    • Nombor teleforn (Rumah / Bimbit / Pejabat) 
    • Nama dan alamat majikan 
    • Alamat rumah kediaman 

    Perlu juga dipastikan bahawa semua AJK Pertubuhan tidak hilang kelayakan memegang jawatan di bawah Seksyen 9A dan Seksyan 49 Akta Pertubuhan 1996.

    5. Meluluskan perlembagaan dan aturan-aturan pertubuhan yang hendak didaftarkan termasuklah lambang, lencana dan lain-lain tanda yang berwarna bersama keterangan setiap tanda.

    Contoh Undang-undang Tubuh: 

    • Undang-undang pertubuhan induk
    • Undang-undang pertubuhan bercawangan 
    • Undang-undang pertubuhan faedah bersama 

    6. Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (minit mesyuarat) termasuk resolusi-resolusi bagi ketetapan yang telah dilakukan. 

    Bagaimanakah Cara Mendaftar Pertubuhan?

    Zaman sekarang, semuanya boleh dilakukan secara atas talian termasuklah mendaftar pertubuhan menggunakan sistem e-ROSES di www.eroses.gov.my.

    Setiausaha (S/U) hendaklah mendaftarkan diri sebagai pengguna sistem e-ROSES dan bayaran fi permohonan pendaftaran akan dikenakan. 

    Pembayaran fi boleh dilakukan di kaunter jabatan atau menggunakan bayaran atas talian melalui kemudahan Akaun Debit (FPX). 

    Sebelum mendaftar pertubuhan, terdapat beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian seperti memilih nama dan alamat pertubuhan. 

    Perkara ini mungkin nampak remeh tetapi nama pertubuhan mestilah unik dan belum pernah didaftar dengan JPPM. 

    S/U boleh periksa sama ada nama pertubuhan anda sudah didaftar atau belum dalam sistem e-ROS. 

    Nama mestilah dalam Bahasa Melayu dan diikuti oleh Bahasa Inggeris dalam kurungan, kalau ada.

    Alamat pejabat persatuan sangat penting kerana ia menentukan JPPM cawangan negeri manakah yang akan memproses permohonan anda.

    Anda juga perlu memastikan negeri pertubuhan dijelaskan kerana ia merujuk kepada negeri di mana alamat pejabat atau tempat urusan pertubuhan anda. 

    Taraf pertubuhan pula menentukan komposisi AJK contohnya jika taraf pertubuhan adalah negeri, maka semua AJK mesti menetap di negeri yang sama dengan negeri pertubuhan. 

    Kalau taraf pertubuhan adalah kebangsaan, AJK mestilah terdiri daripada minimum 7 negeri yang berbeza. 

    Dalam sistem e-ROSES anda akan dikehendaki untuk memilih format perlembagaan bagi pertubuhan anda. 

    Anda boleh sama ada menggunakan perlembagaan format sendiri atau menggunakan format yang disediakan (contoh format boleh dimuat turun dalam sistem e-ROSES). 

    Sedikit tips untuk format perlembagaan, pastikan apa yang ditulis pada skrin komputer sama dengan info dalam perlembagaan.

    Contohnya jika ada jawatan Penolong Bendahari dalam perlembagaan, jawatan yang sama juga mesti dicipta dalam sistem.

    Selain itu, anda juga perlu memuatnaik lambang, bendera dan lencana ke dalam sistem dan pastikan saiz imej cukup besar dengan resolusi yang tepat. 

    Setelah mengisi kesemua borang dan memuatnaik ke dalam sistem, pastikan anda sudah semak lagi sekali sebelum menekan butang HANTAR. 

    Notis pemberitahuan keputusan akan dihantar ke emel Setiausaha Penaja.

    Anda juga boleh merujuk ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri di mana alamat berdaftar pertubuhan ditetapkan.

    Ingat, walaupun semua urusan permohonan dan kelulusan berlaku atas talian, anda perlu ke pejabat JPPM beberapa kali untuk membuat carian rasmi.

    Carian rasmi di sini adalah untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang disahkan oleh JPPM secara hard copy.

    Dokumen-dokumen yang perlu dapat pengesahan ialah sijil pendaftaran, perlembagaan pertubuhan dan senarai AJK.

    Perkara yang terakhir yang perlu anda lakukan adalah membuka akaun bank pertubuhan. 

    Bagi anda yang memerlukan bantuan dalam proses penubuhan pertubuhan seperti undang-undang, perakaunan dan kesetiausahaan, jangan risau kami ada solusinya. 

    Dapatkan Servis Real Management Services!

    Fokus Real Management Services adalah membantu institusi perniagaan dan korporat dengan menawarkan perkhidmatan berkaitan pengauditan, undang-undang, dan banyak lagi!

    Ditubuhkan sejak 1990, Real Management Services sememangnya antara pakar dan berpengalaman dalam industri yang anda perlukan.  

    Firma ini telah mendaftar dengan Institute of Approved Company Secretaries (IACS), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Laporan yang disediakan oleh Real Management Services adalah komprehensif dan relevan berdasarkan dokumen yang disediakan. 

    Real Management Services juga menawarkan:

    • Perkhidmatan setiausaha syarikat,
    • Pendaftaran MOF,
    • Pembaharuan lesen TNB, TM dan vendor lain,
    • Perundingan cukai pendapatan (individu, syarikat dan persatuan NGO),
    • Membantu pelanggan dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia,
    • Khidmat nasihat pelanggan yang baik berkaitan dengan bidang perniagaan pelanggan,
    • Penyediaan dan pemfailan penyata cukai dalam talian,
    • Perkhidmatan berkanun, audit dalaman, audit pengurusan atau audit biaya

    Real Management Services sangat komited dalam meningkatkan tahap kecekapan dalam perkhidmatan untuk memenuhi keperluan khusus anda.

    Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengembangkan disiplin inovatif dan profesional untuk perniagaan anda.

    Tak perlu risau kerana ramai pelanggan Real Management Services melaporkan bahawa mereka mendapat layanan yang sangat memuaskan.

    Antara pelanggan kami adalah perusahaan perniagaan, NGO, ejen insurans dan takaful, ejen produk kesihatan, PKS, perniagaan dalam talian dan banyak lagi.

    Tak perlu pening-pening lagi tentang annual return syarikat anda.

    Dapatkan servis kami.

    Hubungi Real Management Services Sekarang!