Cukai boleh dikatakan sebagai sesuatu yang wajib dibayar selagi kita bergelar rakyat sesebuah negara. Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenis borang cukai, antaranya ialah borang B. 

Maka, kami akan berkongsi maklumat penting yang berkaitan dengan isu berkenan. 

Teruskan membaca untuk mendapatkan info penting mengenai borang B. 

Apa Anda Perlu Tahu Tentang E-Filing 

e-failing

Kalau sebelum ini, percukaian dilakukan secara manual tetapi sekarang, anda sudah boleh melakukannya di atas talian sahaja. 

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2022.

Pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP sudah boleh mula menggunakan e-Filing.

Untuk mengakses e-Filing, anda perlu mempunyai akses ke ezHASiL terlebih dahulu.

Yang bagusnya, selain daripada e-Filing, laman web ezHASiL ini juga mempunyai semua e-Perkhidmatan yang disediakan oleh LHDN. 

Pengguna perlu log masuk ke ezHASiL menggunakan sijil digital untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ezHASiL.

Aplikasi e-Filing merupakan salah satu aplikasi yang memerlukan anda mendapatkan sijil digital tersebut.

Bagi yang pembayar cukai pertama kali, anda perlu dapatkan nombor PIN dulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL.

Anda juga boleh dapatkan nombor PIN di kaunter cawangan HASiL.

Kalau terlupa kata laluan e-Filing, anda boleh set semula kata laluan secara dalam talian melalui emel atau nombor telefon berdaftar dengan HASiL. 

Jika masih bermasalah, anda boleh menghubungi HASiL Care Line yang boleh didapati di laman web rasmi, HASiL Live Chat atau ke kaunter perkhidmatan HASiL yang terdekat. 

Anda dinasihatkan untuk menghantar Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Anda juga perlu pastikan semua dokumen yang diperlukan dikumpul, disusun dengan kemas dan disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun.

Antara dokumen yang anda perlu simpan adalah penyata pendapatan, resit, invois dan dokumen lain yang berkaitan dengan cukai pendapatan.

Apa itu Borang B?

borang B

Borang B merupakan borang percukaian pendapatan bagi mereka yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan dalam tahun yang ditaksir. 

Di bawah Seksyen 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967, tidak kiralah perniagaan tersebut merupakan perniagaan tunggal mahupun perkongsian, anda perlu isi Borang B. 

Ramai yang keliru di antara Borang BE dan B.

Perbezaannya adalah Borang BE adalah untuk individu yang punca pendapatannya adalah selain daripada perniagaan. 

Anda tidak boleh laporkan pendapatan perniagaan anda menggunakan Borang BE.

Tapi anda boleh gunakan Borang B untuk laporkan pendapatan penggajian selain perniagaan tetapi digalakkan untuk menggunakan borang yang tepat untuk laporan penggajian iaitu Borang BE. 

Bagaimana Untuk Mengisi Borang B? 

Jika anda merupakan pemilik perniagaan, anda perlu ikuti langkah-langkah ini. 

 

  • Daftar Nombor Cukai Pendapatan/Kemaskini Maklumat 

 

Anda perlu daftar nombor cukai pendaftaran jika anda:

  • Individu bujang yang menerima penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian) 
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah

Pendaftaran nombor cukai boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi e-Daftar atau secara manual di cawangan LHDNM terdekat. 

Bagi peniaga, anda perlu pastikan anda mempunyai sijil pendaftaran perniagaan semasa melakukan e-Daftar. 

Jika anda sudah berdaftar dengan LHDNM, anda perlu pastikan semua maklumat anda telah dikemaskini. 

Antara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:

  • Alamat surat-menyurat/alamat kediaman
  • Alamat perniagaan (jika berkenaan)
  • Alamat e-mel peribadi
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • Nombor paspot (bagi individu bukan warganegara Malaysia)
  • Nama dan nombor akaun bank (jika berkenaan)
  • Taraf perkahwinan
  • Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)

 

  •  Lapor Pendapatan Tahunan

 

Sebagai pembayar cukai, anda bertanggungjawab untuk: 

  • Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada menggunakan borang kertas atau melalui aplikasi e-Filing;
  • Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat;
  • Mengira cukai pendapatan; dan
  • Menyimpan rekod, dokumen dan helaian kerja selama tujuh (7) tahun bagi tujuan pengauditan.

Penyimpanan rekod perniagaan amat penting kerana anda boleh didakwa di mahkamah. 

Jika disabit kesalahan, anda boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali.

 

  •  Bayar Cukai Pendapatan 

 

Langkah yang terakhir adalah membayar cukai yang dikenakan kepada anda. 

Maklumat bayaran yang diperlukan adalah :

  • Nombor cukai pendapatan
  • Nama dan nombor pengenalan
  • Tahun taksiran
  • Kod bayaran
  • Nombor ansuran
  • Jumlah bayaran

Resit pembayaran dan slip bank hendaklah disimpan untuk rekod serta rujukan.

Tarikh akhir pengembalian Borang B dan bayaran cukai bagi individu yang menjalankan perniagaan adalah sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun. 

Jika anda masih tidak pasti tentang borang B dan pembayaran cukai sebagai seorang individu yang berniaga, jangan risau kami ada penyelesaian untuk anda!

Dapatkan Servis Real Management Services!

Real Management Services

Real Management Services membantu institusi perniagaan dan korporat dalam hal-hal berkaitan pengauditan, undang-undang, dan banyak lagi!

Ditubuhkan sejak 1990, Real Management Services adalah antara pakar yang berpengalaman dalam industri yang anda perlukan.  

Firma ini telah mendaftar dengan Institute of Approved Company Secretaries (IACS), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Laporan yang disediakan oleh Real Management Services adalah komprehensif dan relevan berdasarkan dokumen yang disediakan. 

Real Management Services juga menawarkan:

  • Perkhidmatan setiausaha syarikat,
  • Pendaftaran MOF,
  • Pembaharuan lesen TNB, TM dan vendor lain,
  • Perundingan cukai pendapatan (individu, syarikat dan persatuan NGO),
  • Membantu pelanggan dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia,
  • Khidmat nasihat pelanggan yang baik berkaitan dengan bidang perniagaan pelanggan,
  • Penyediaan dan pemfailan penyata cukai dalam talian,
  • Perkhidmatan berkanun, audit dalaman, audit pengurusan atau audit biaya

Real Management Services sangat komited dalam meningkatkan tahap kecekapan dalam perkhidmatan untuk memenuhi keperluan khusus anda.

Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengembangkan disiplin inovatif dan profesional untuk perniagaan anda.

Tak perlu risau kerana ramai pelanggan Real Management Services melaporkan bahawa mereka mendapat layanan yang sangat memuaskan.

Antara pelanggan kami adalah perusahaan perniagaan, NGO, ejen insurans dan takaful, ejen produk kesihatan, PKS, perniagaan dalam talian dan banyak lagi.

Tak perlu pening-pening lagi dan dapatkan servis kami.

Hubungi Real Management Services Sekarang!