Ramai yang sangka nak buat bisnes online ni senang saja sebab semuanya di hujung jari kita je. 

Ramai juga yang menyangka kalau buat bisnes online kurang sikit pening nak fikir cukai, nak fikir daftar dengan LHDN serta nak sibuk-sibuk daftar SSM dan macam-macam lagi.

Tapi sebenarnya ramai yang silap ya sebab semua jenis bisnes yang dijalankan perlu daftar dengan SSM dan LHDN tak kira untung atau rugi tetap kena daftar. Daftar tak semestinya kena bayar cukai.  

Kalau anda salah seorang yang nak buat bisnes online tapi tak tahu sama ada kena bayar cukai atau tidak, artikel ini khas untuk anda. 

Jom kami kongsikan serba sedikit tentang cukai yang boleh dikenakan kepada peniaga online ni. 

Bisnes Online Apa Yang Dikenakan Cukai?

bisnes online

Mesti anda tertanya-tanya sama ada cukai ini dikenakan kepada semua peniaga ke? 

Tidak semua.

Bisnes online yang menjana pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan adalah tertakluk kepada cukai pendapatan. 

Bisnes online ini termasuklah jualan produk, sokongan jenama dan paid review.

Jadi yang anda nampak influencers-influencers banyak buat paid review tu, kalau pendapatan mereka adalah RM5,000 dan ke atas, mereka kena declare dan bayar cukai tau jika perlu!

Jika bisnes anda dah capai tahap ini, apa yang anda perlu buat? 

Anda perlu ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk dapatkan nasihat dan mengetahui cara pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai. 

Walaupun bisnes online ni nampak macam kerja yang santai dan ada yang lakukannya secara suka-suka, tapi ia dikategorikan sebagai satu profesion.

Semua profesion perlulah isytihar pendapatan dan boleh tuntut perbelanjaan perniagaan dan bayaran balik cukai.

Cukai & Akta Perniagaan

bisnes online

Pembayaran cukai bisnes online ni sama saja macam bisnes offline atau konvensional, menurut LHDNM.

Peruntukan kedua-dua jenis bisnes (online & offline) tertakluk kepada Seksyen 4, Akta Cukai Pendapatan 1967.

Mesti ada yang tertanya-tanya tentang kadar cukai bagi peniaga online kan?

Kadar cukai bisnes online bagi individu dan syarikat berbeza. 

Bisnes yang dijalankan oleh individu akan dikenakan cukai pendapatan dengan kadar antara 0% sehingga 30% manakala syarikat pula kadarnya adalah 17% sehingga 24%.

Jadi macam mana nak laporkan pendapatan bisnes anda kepada LHDN? 

Melalui Borang B jika jenis perniagaan anda adalah milikan tunggal atau perkongsian manakala melalui Borang C jika perniagaan anda adalah PLT atau Sdn Bhd. Nak tahu lebih lanjut tentang Borang B, boleh klik di sini. Untuk Borang C pula anda perlu rujuk tax agent kerana pengiraan Borang C agak rumit.

Kesilapan Peniaga Online Tentang Cukai 

bisnes online

Awal-awal kami dah maklumkan, ramai yang menyangka peniaga online ni tak perlu bayar cukai, kan?

Sebenarnya banyak lagi kesilapan dan tanggapan yang tidak benar bila bercakap tentang cukai dan bisnes online ni. 

  •  Bisnes Online Tak Perlu Daftar SSM & LHDN 

 

Ini tanggapan yang tidak tepat, ya. 

Tak kiralah bisnes anda hanya di Instagram dan Facebook atau hanya berpejabat di rumah, ia tetap dianggap sebagai sebuah perniagaan. 

Oleh itu, anda perlu daftarkan bisnes anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan LHDN.

  •  Peniaga Rugi Tak Perlu Hantar Borang Cukai

 

Ini juga kesilapan lazim yang ramai peniaga buat, tak kiralah online atau offline.

Ramai yang menyangka jika mereka mengalami kerugian dalam bisnes pada tahun itu, mereka tak perlu bayar cukai pendapatan. 

Sebenarnya lagi rugi kalau peniaga tak hantar Borang B sebab kerugian yang anda kena tahun ini boleh ditolak untuk tahun yang akan datang. 

Jadi, rugi atau untung, hantar saja borang cukai tau. 

  •  Dah Bayar Zakat, Tak Perlu Bayar Cukai

 

Perkara yang ramai peniaga Muslim tidak faham atau buat-buat tak faham ialah cukai dan zakat adalah dua perkara yang berbeza. 

Zakat wajib dibayar dari sisi undang-undang Islam dan cukai pula wajib dibayar dari sisi undang-undang negara. 

Dah bayar zakat pun perlu bayar cukai sebab kitakan warganegara Malaysia.

Kalau anda tak hantar borang cukai taksiran tahunan, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Jika ada yang nak tahu tentang cara pengiraan zakat pendapatan dan cukai, boleh klik di sini.

Dapatkan Khidmat Percukaian Dengan Real Management Services

bisnes online

Kalau anda pening tentang percukaian seperti cara nak kira cukai atau macam mana nak daftar dengan LHDN, dapatkanlah khidmat Real Management Services.  

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan percukaian, pensyarikatan, audit-LHDN, kesetiausahaan, undang-undang dan banyak lagi.

Ditubuhkan sejak 1990, Real Management Services adalah antara pakar yang berpengalaman dalam industri yang anda perlukan.  

Bagi mereka yang ragu-ragu kalau firma RMS ni legit atau tidak, jangan risau. 

Firma RMS telah berdaftar dengan Institute of Approved Company Secretaries (IACS), Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). 

Laporan yang disediakan oleh Real Management Services adalah komprehensif dan relevan berdasarkan dokumen yang disediakan. 

Real Management Services juga menawarkan:

  • Perkhidmatan setiausaha syarikat,
  • Pendaftaran MOF dan CIDB,
  • Pembaharuan lesen TNB, TM dan vendor lain,
  • Perundingan cukai pendapatan (individu, syarikat dan persatuan NGO, foreigner),
  • Membantu pelanggan dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia,
  • Khidmat nasihat pelanggan yang baik berkaitan dengan bidang perniagaan pelanggan,
  • Penyediaan dan pemfailan penyata cukai dalam talian,
  • Perkhidmatan berkanun, audit dalaman, audit pengurusan atau audit biaya

Dari senarai perkhidmatan yang ditawarkan pun dah tahu RMS ni memang pakar kan? 

Jadi, anda boleh tanya mereka apa saja dan dapatkan perkhidmatan mereka yang banyak! 

Kami yakin anda akan puas hati dengan servis kami seperti pelanggan-pelanggan lain kami yang terdiri daripada NGO, perusahaan perniagaan, ejen insurans dan takaful, ejen produk kesihatan, PKS, perniagaan dalam talian dan banyak lagi.

Jangan tunggu lagi, dapatkan servis kami. 

Dapatkan Khidmat Management Services Sekarang!