Kalau anda seorang peniaga, anda mesti daftar perniagaan anda walaupun anda berniaga secara kecil-kecilan atau di platform digital.

Kalau tak daftar, dah dikira satu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) tau!

Peniaga yang baru mula ada pilihan sama ada nak daftar enterprise atau terus mendaftar sebagai sendirian berhad (Sdn Bhd). 

Biasanya peniaga akan daftar Sdn Bhd bila mereka serius dalam perniagaan yang dijalankan dan mempunyai kewangan yang stabil serta bersedia untuk mengembangkan operasi. 

Kali ini, kami akan kongsikan semua yang anda perlu tahu tentang Sdn Bhd dan yang paling penting, macam mana nak daftar. 

Apa Itu Syarikat Sdn Bhd?

daftar sdn bhd

Sdn Bhd merupakan salah satu jenis pendaftaran syarikat yang paling popular di Malaysia. 

Syarikat Sdn Bhd ialah syarikat swasta yang boleh ditubuhkan dengan hanya minimum 1 orang pengarah dan 1 orang pemegang saham sahaja. 

Jadi, anda boleh daftar syarikat Sdn Bhd tanpa ada rakan niaga lain dan menjadi pengarah tunggal dan pemegang saham tunggal syarikat anda. 

Ahli-ahli syarikat Sdn Bhd dihadkan kepada maksimum 50 orang sahaja dalam satu masa.

Cara Mendaftar Syarikat Sdn Bhd

daftar sdn bhd

Nak daftar syarikat Sdn Bhd tidaklah sesusah yang anda mungkin sangka tetapi anda perlu pastikan anda teliti semasa mendaftar. Jom tengok macam mana nak daftar.

  1. Lantik Setiausaha Syarikat Sdn Bhd 

Proses pendaftaran akan menjadi lebih mudah jika anda melantik seorang setiausaha syarikat. 

Setiausaha syarikat mestilah seseorang yang berlesen dan tahu selok-belok tugas kesetiausahaan sama ada daripada badan-badan profesional seperti Bar Council atau Licensed Secretary. 

Selain itu, pastikan setiausaha syarikat mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas pematuhan akta syarikat. 

Mereka juga akan menerangkan segala proses yang anda perlu tahu– daripada pendaftaran hinggalah pengurusan syarikat Sdn Bhd. 

2. Sediakan Maklumat Pendaftaran 

Maklumat pendaftaran yang anda perlu berikan kepada setiausaha syarikat adalah: 

  • Nama syarikat

Nama mestilah unik dan jelas merujuk kepada syarikat anda. 

Tips: elakkan penggunaan perkataan harian dan perkataan khusus seperti “Malaysia”, “persekutuan”, dan “sultan” (perkataan sebegini dilarang sama sekali untuk nama syarikat). 

Untuk memudahkan proses pemilihan nama, sediakan minimum 3 cadangan nama syarikat. 

Elakkan nama yang terlalu panjang, bercampur-campur bahasa, perkataan yang tiada maksud dan mengelirukan. 

  • Maklumat berkaitan bisnes

Berikan maklumat berkaitan bisnes seperti aktiviti utama bisnes, alamat operasi, e-mel dan nombor telefon. 

Setiausaha syarikat akan membantu anda memilih kod bidang daftar Sdn Bhd yang bersesuaian berdasarkan aktiviti bisnes anda. 

Berikan sekurang-kurangnya 3 aktiviti utama syarikat tetapi jika syarikat ditubuhkan hanya untuk satu tujuan, nyatakan satu itu. 

  • Maklumat berkaitan pengarah

Pengarah merupakan individu yang menjalankan operasi syarikat. 

Syarat kelayakan untuk menjadi pengarah syarikat adalah individu berumur 18 tahun ke atas dan bebas daripada status muflis. 

Di bawah Akta Syarikat 2016, syarikat boleh ditubuhkan dengan minima hanya seorang pengarah. 

Maklumat yang anda perlu serahkan adalah salinan kad pengenalan, alamat tempat tinggal, e-mel dan no telefon.

  • Maklumat berkaitan pemegang saham syarikat

Pemegang saham merupakan pemilik syarikat Sdn Bhd namun tidak menjalankan operasi secara langsung kerana tanggungjawab operasi diserahkan kepada pengarah yang dilantik.

Pemegang saham juga boleh melantik dan memecat pengarah syarikat melalui mesyuarat agung. 

Pastikan setiausaha syarikat anda mempunyai maklumat yang penting bagi pemegang saham syarikat. 

  • Maklumat berkaitan operasi syarikat

Pastikan anda berikan maklumat seperti modal berbayar, cadangan akaun bank syarikat dan alamat rasmi syarikat. 

Minima bagi modal berbayar adalah RM1 bagi 1 orang pemegang saham dan tiada had kalau lebih daripada modal minima. 

Bank syarikat biasanya dipilih berdekatan dengan alamat operasi syarikat supaya mudah urusan perbankan dilakukan. 

Jika anda belum mempunyai pejabat sebagai alamat rasmi syarikat, anda boleh menggunakan alamat setiausaha syarikat.

3. Mulakan Proses Pendaftaran

Selepas semua maklumat diberikan kepada setiausaha syarikat, proses pendaftaran Sdn Bhd boleh dimulakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Tempoh pendaftaran biasanya adalah di antara 3-5 hari bekerja. 

  1. Sediakan Dokumen Daftar Syarikat

Sekiranya proses penubuhan syarikat Sdn Bhd anda berjaya, SSM akan mengeluarkan sijil penubuhan syarikat Sdn Bhd bersama borang-borang: 

  • Seksyen 14: Maklumat Penubuhan Syarikat
  • Seksyen 15: Sijil Rasmi Penubuhan Syarikat
  • Seksyen 17: Pengesahan Penubuhan Syarikat
  • Seksyen 58 & 236 (2): Borang Lantikan Setiausaha

Pastikan borang disimpan dan ditempatkan di tempat yang selamat kerana maklumat ini selalunya diperlukan dalam urusan lain seperti pendaftaran lesen perniagaan atau pinjaman bank. 

Dapatkan Perkhidmatan Pensyarikatan Dengan Real Management Services

daftar sdn bhd

Jika anda mempunyai persoalan tentang pendaftaran Sdn Bhd dan tak tahu nak tanya siapa, tanyalah kami! 

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan pensyarikatan seperti pengauditan, kesetiausahaan, undang-undang dan banyak lagi.

Bagi mereka yang ragu-ragu kalau firma RMS ni legit atau tidak, jangan risau. 

Firma RMS telah berdaftar dengan Institute of Approved Company Secretaries (IACS), Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). 

Seperti yang dikongsi di atas, antara langkah utama bagi mendaftar syarikat Sdn Bhd adalah melantik setiausaha syarikat. 

RMS menawarkan servis pelantikan setiausaha syarikat untuk pengurusan pendokumentasian syarikat dan kawal selia pematuhan undang-undang.

Anda dah tak perlu pening-pening dah, langkah pertama anda dah selesai jika anda dapatkan perkhidmatan RMS. 

Perkhidmatan penubuhan syarikat atau yayasan juga ditawarkan RMS tau!

Selain itu, RMS juga tawarkan: 

  • Pendaftaran MOF & CIDB,
  • Pembaharuan lesen TNB, TM dan vendor lain,
  • Perundingan cukai pendapatan (individu, syarikat, foreigner dan persatuan NGO),
  • Membantu pelanggan dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia,
  • Khidmat nasihat pelanggan yang baik berkaitan dengan bidang perniagaan pelanggan,
  • Penyediaan dan pemfailan penyata cukai dalam talian,
  • Perkhidmatan berkanun, audit dalaman, audit pengurusan atau audit biaya

Kami yakin anda akan puas hati dengan servis kami seperti pelanggan-pelanggan lain kami yang terdiri daripada NGO, perusahaan perniagaan, ejen insurans dan takaful, ejen produk kesihatan, PKS, perniagaan dalam talian dan banyak lagi.

Jangan tunggu lagi, dapatkan servis kami. 

Dapatkan Khidmat Kesetiausahaan dengan Real Management Services Sekarang!