Kita sering melihat kegembiraan dan kemewahan yang ditunjukkan oleh para usahawan di sosial media, akhbar mahupun di kaca televisyen.
Namun, tahukah anda disebalik kegembiraan dan kemewahan yang ditunjukkan itu terselit juga perasaan gementar apabila mereka menerima surat dari bahagian audit siasatan LHDN. Tetapi masih ramai usahawan yang tidak sedar mengenai kepentingan pengurusan dokumen perniagaan dengan betul bagi memudahkan urusan apabila diaudit oleh LHDN.
Jadi, artikel ini akan membincangkan maklumat-maklumat penting mengenai audit cukai LHDN.
Teruskan membaca.
Apakah Definisi Audit LHDN?
Sebelum kita terangkan isu audit siasatan LHDN dengan lebih lanjut, kita perlu memahami definisi bagi situasi ini.
Audit siasatan LHDN merupakan suatu pemeriksaan yang dijalankan ke atas sesebuah organisasi / syarikat serta golongan yang layak untuk membayar cukai.
Pemeriksaan ini dibuat secara terperinci dan sistematik ke atas rekod kewangan.
Ia bertujuan untuk menentukan organisasi tersebut menepati prinsip-prinsip am perakaunan, polisi pengurusan, peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Selain itu, pengauditan juga bertujuan untuk membuat semakan ke atas jumlah pembayaran cukai yang telah dibuat oleh sesebuah organisasi.
2 Kategori Utama Audit LHDN
Pihak LHDN menjalankan 2 kategori pengauditan iaitu audit meja dan audit luar. Berikut merupakan penjelasan ringkas mengenai kedua-dua kategori audit tersebut:
Audit Meja
Audit meja ialah jenis pengauditan yang dijalankan di dalam pejabat LHDN. Pada peringkat ini, antara dokumen yang usahawan perlu bagi kepada LHDN adalah:
- Pengiraan Cukai bagi tahun yang diaudit.
- Pengiraan elaun modal (beli aset yang boleh tolak cukai)
- Penyata tahunan insuran nyawa dan penyata KWSP (jika ada).
- Penyata tahunan insuran pendidikan dan kesihatan (jika ada).
- Resit Zakat (jika ada).
- Resit sumbangan yang diiktiraf oleh LHDN
- Resit bayaran cukai
Hasil daripada semakan dokumen seperti diatas, LHDN akan buat pelarasan cukai jika terdapat sebarang perbezaan daripada apa yang usahawan dah declare borang cukai sebelum ini.
Pelarasan cukai tersebut dikendalikan melalui surat-menyurat sahaja.
Audit Luar
Untuk kategori audit luar, ia melibatkan semakan ke atas segala rekod asal perniagaan dan juga rekod bukan perniagaan.
Kebiasaannya, pihak LHDN akan memaklumkan kepada ejen cukai (jika ada) atau usahawan terlebih dahulu berkenaan lawatan ke premis perniagaan untuk membuat semakan dokumen.
Sebelum LHDN datang untuk lawatan ke premis, usahawan dikehendaki menyediakan dokumen tersebut kepada pihak pegawai yang akan handle kes audit LHDN tersebut.
Antara dokumen yang diperlukan adalah :
- General lejer
- Bank recon
- Listing adjustment
- Audited trial balance
- Details breakdown income statement
- Details breakdown balance sheet
- Dan lain-lain yang diperlukan oleh pegawai LHDN.
Ketahui Tugas-tugas Ejen Cukai
Setelah mengetahui definisi audit siasatan LHDN dan dua kategori utama dalam audit siasatan LHDN, anda harus memahami peranan ejen cukai.
Ejen cukai merupakan wakil untuk pembayar cukai. Ejen cukai adalah selaku orang tengah diantara para usahawan dengan pihak LHDN. Mereka bertanggungjawab dalam menyediakan khidmat percukaian yang terbaik kepada para pembayar cukai bagi membantu mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap negara.
Selain itu, ejen cukai juga harus menjaga kepentingan pelbagai pihak. Antaranya ialah pembayar cukai, kerajaan dan negara.
Hal ini disebabkan ejen cukai terikat dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS).
Dengan ini, ejen cukai harus memikul tanggungjawab yang sangat besar iaitu menjadi seorang penasihat dan juru runding kepada pembayar cukai dengan penuh amanah.
Apakah tugas-tugas utama ejen cukai?
- Ejen cukai harus membuat penyimpanan rekod secara teratur dan sistematik selama 7 tahun bagi memudahkan pihak LHDN sekiranya diaudit.
- Penyimpanan rekod tersebut perlu lengkap dengan butiran-butiran yang cukup.
- Ejen cukai perlu memastikan bahawa jumlah cukai yang dibayar oleh pembayar cukai adalah yang sewajarnya.
- Ejen cukai perlu membantu pembayar cukai dari pelbagai segi seperti menasihati tentang perundangan percukaian.
Berjaga-jaga Dalam Mencari Ejen Cukai
Seperti dinyatakan pada bahagian sebelum ini, tugas-tugas utama sebagai ejen cukai adalah amat berat.
Maka, pembayar cukai harus berwaspada dalam mencari ejen cukai yang sah.
Pencarian ejen cukai yang sah amat penting supaya segala urusan mengenai pengauditan cukai dapat diuruskan dengan betul.
Oleh itu, pembayar cukai harus memandang serius perihal isu ini sebelum mencari ejen cukai. Berikut merupakan ciri-ciri penting mengenai ejen cukai yang sah:
- Ejen cukai adalah tertakluk di bawah Seksyen 153(3) (b) dan (c) Akta Cukai Pendapatan 1967.
- Ejen cukai merupakan ahli kepada persatuan akauntan yang diiktiraf oleh kerajaan. Selain itu, mereka harus mempunyai lima tahun pengalaman praktikal dalam bidang percukaian pendapatan sama ada dengan kerajaan mahupun swasta.
- Lulus dalam peperiksaan Kursus Lanjutan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
- Lulus dalam Kursus Ejen Percukaian di bawah LHDNM (Skim Latihan Khas).
- Merupakan ahli kepada Institut Percukaian Malaysia (MIT) serta mempunyai lima tahun pengalaman membuat praktikal.
- Ejen cukai yang sah akan submit borang cukai dengan menggunakan nama ejen cukai itu sendiri. Sekiranya ada ejen cukai diluar sana yang submit borang cukai dengan menggunakan nama client dan bukan menggunakan nama ejen cukai maka berhati-hati dan selidik semula ejen cukai tersebut.
Secara kesimpulannya, golongan pembayar cukai tidak sewajarnya memandang isu pengauditan cukai sebagai perkara yang remeh.
Terdapat juga situasi dimana golongan ini tidak mengambil peduli mengenai pengauditan cukai.
Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan segala urusan pembayaran cukai anda menjadi lebih sukar pada masa akan datang malah akan membebankan anda.
Kemungkinan besar, anda dikenakan bayaran cukai dalam jumlah yang besar (lump sum).
Jika anda memerlukan bantuan mengenai audit siasatan LHDN, anda boleh merujuk kepada Real Management Services.
Real Management Services ialah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan seperti perakaunan, percukaian, audit siasatan, dan termasuklah zakat.
Real Management Services telah berdaftar dengan:
- Institute of Approved Company Secretaries (IACS)
- Kementerian Kewangan
- Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Fokus utama Real Management Services adalah membantu institusi perniagaan dan korporat dan menawarkan pelbagai perkhidmatan selain dinyatakan di atas.
Antaranya adalah:
- Perundingan Cukai Pendapatan (Individu, Syarikat & NGO Persatuan).
- Bantu klien dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia
- Khidmat nasihat berkaitan perniagaan pelanggan
- Penyediaan dan Pemfailan Pulangan Cukai dalam talian.
- Perkhidmatan Berkanun / Audit Dalaman / Audit Pengurusan dan Audit Kos.
Anda tak perlu risau apa pun dengan Real Management Services kerana kami sentiasa komited dalam meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan kami.
Selain daripada itu, kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam mengembangkan inovatif disiplin profesional terhadap perniagaan anda.
Klik button di bawah bagi mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada Real Management Services!