Sudahkah anda mendaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)?

Buat mereka yang pertama kali ingin berdaftar, tahukah anda cara-caranya?

Jangan risau. Ikuti artikel ini untuk mengetahui perihal cara pendaftaran LHDNM dengan lebih lanjut. 

Kami juga akan menerangkan dokumen-dokumen penting yang anda perlukan ketika mendaftar di LHDNM. 

Jangan berlengah lagi, jom baca artikel ini! 

Perkara Penting Mengenai LHDNM

bangunan lhdn

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) juga dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia pada tahun 1996.

LHDNM bertanggungjawab untuk memperbaiki kualiti dan keberkesanan pentadbiran cukai di Malaysia.

Di Malaysia, LHDNM tergolong dalam kalangan agensi utama yang bertanggungjawab untuk memungut hasil bagi pihak Kementerian Kewangan. 

Kementerian Kewangan atau Ministry of Finance (MOF) pula bertanggungjawab keatas semua aspek penjanaan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan. 

Tanggungjawab LHDNM di Malaysia

kaunter daftar lhdn

Dalam memainkan peranan yang penting untuk pembangunan negara, LHDNM mempunyai beberapa tugas yang perlu mereka laksanakan. 

Beberapa skop ugas yang dipikul oleh LHDNM adalah seperti berikut:

 

  • Cukai 

LHDNM bertindak untuk mengambil bahagian bagi perkara yang berkaitan dengan cukai, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Cukai yang perlu dikutip oleh agensi termasuk cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, dan duti setem.

Lain-lain cukai, termasuklah cukai keuntungan harta tanah, duti harta tanah dan cukai lain yang boleh dipersetujui oleh kerajaan lembaga.

 

  • Ejen Kerajaan 

Disamping menyediakan perkhidmatan seperti penilaian, pentadbiran, pengutipan cukai dan penguatkuasaan, LHDNM juga bertanggungjawab sebagai ejen kerajaan.

 

  • Penasihat Kerajaan

LHDNM dikehendaki memberi nasihat kepada kerajaan mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan pencukaian.

Hal ini merupakan sebagai kehendak tambahan untuk berhubung dengan kementerian dan badan berkanun yang sepadan.

 

  • Fungsi Lain

Selain itu, tanggungjawab LHDNM adalah untuk melaksanakan fungsi-fungsi lain. Kebiasaannya, fungsi lain yang diberikan kepada pihak Lembaga adalah berdasarkan undang-undang bertulis. 

 

Cara Pendaftaran Nombor Cukai LHDN

orang beratur untuk daftar lhdn

Adakah anda masih tertanya-tanya mengenai pendaftaran nombor cukai di LHDNM? Sebenarnya, langkah pendaftaran ini tidak rumit seperti yang dijangka. 

Lebih-lebih lagi, pendaftaran ini boleh dilakukan secara online. 

Rujuk langkah dibawah untuk cara mendaftar LHDN buat pertama kali:

 

     1. Layari http://www.hasil.gov.my atau terus ke pautan e-Daftar.

     2. Pilih menu Daftar Pembayar Cukai Individu / Syarikat.

     3. Semak no. cukai pendapatan anda terlebih dahulu. Masukkan no. kad pengenalan untuk mengetahui samada sudah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum.

     4. Jika belum berdaftar, sila isikan maklumat pada ruangan yang disediakan.

     5. Sekiranya dokumen telah diisi dengan lengkap, Mesej Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah akan dipaparkan.

     6. Klik butang Setuju setelah anda pasti dokumen telah diisi dengan lengkap dan betul.

     7. Sila catatkan atau cetak No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai

– No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai ini diperlukan untuk menyemak status permohonan anda.

– Nombor Rujukan Cukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan.

     8. Untuk semakan, klik pada pautan Info Daftar

     9. Kemudian boleh cetak maklumat pendaftaran ini.

     10. Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain:

– kemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke cawangan berkenaan.

– Atau faksimili-kan ke Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400.

– Atau kemaskini (nombor telefon, alamat emel, alamat surat-menyurat, alamat kediaman dan alamat premis perniagaan) secara on-line melalui e-Kemaskini.

 

 Dokumen Penting Untuk Pendaftaran No Cukai LHDNM

fail pendaftaran lhdn

Pastikan salinan dokumen-dokumen penting telah tersedia untuk dimuat turun (download) bersama-sama permohonan:

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
  • Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
  • Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.

Mudah sahaja, kan? Semuanya dapat dilaksanakan melalui online. 

Semoga artikel ini dapat membantu proses pendaftaran anda!

Anda ingin cara yang lebih mudah? Jangan risau kami ada solusi untuk anda! Kami uruskan semua dari A – Z tanpa anda perlu sakit kepala.

Hubungi sahaja Real Management Services Sdn Bhd!

real management service logo

Real Management Services merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan maklumat perakaunan, percukaian, pengauditan dan perkhidmatan lain.

Ya, termasuklah zakat! 

Real Management Services bersedia untuk membantu anda dalam penyediaan dan pengurusan zakat.

Tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan perkhidmatan Real Management Services kerana kami telah berdaftar dengan:

  • Institute of Approved Company Secretaries (IACS)
  • Kementerian Kewangan
  • Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Fokus utama kami adalah membantu institusi perniagaan dan korporat dan menawarkan pelbagai perkhidmatan selain dinyatakan di atas. 

Antaranya adalah:

  • Perundingan Cukai Pendapatan (Individu, Syarikat & NGO Persatuan).
  • Bantu pelanggan dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia
  • Khidmat nasihat berkaitan perniagaan pelanggan
  • Penyediaan dan Pemfailan Pulangan Cukai dalam talian.
  • Perkhidmatan Berkanun / Audit Dalaman / Audit Pengurusan dan Audit Kos.

Kami sentiasa komited dalam meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan kami jadi tidak perlu risau.

Kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam mengembangkan inovatif disiplin profesional terhadap perniagaan anda.

Nak dapatkan khidmat bantuan kami?

Klik butang di bawah!