Rakyat Malaysia yang mempunyai gaji RM34,000 ke atas setahun wajib mengisytihar cukai pendapatan. Tetapi masih ramai yang tidak tahu kadar cukai pendapatan yang betul. Oleh itu, mari lihat cara mudah menguruskan cukai pendapatan.

 

 

Apa Itu Cukai Pendapatan?

 kadar cukai pendapatan

 

Cukai pendapatan merujuk kepada cukai yang dikenakan ke atas pendapatan daripada penggajian, ‘overtime’, komisen, elaun, yuran, dividen, sewa, royalty, pendapatan perniagaan yang diterima individu, syarikat, koperasi dan persatuan saban tahun.

 

Kutipan cukai dikuatkuasakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

 

Pihak yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan akta tersebut dan melakukan kutipan cukai bagi pihak kerajaan adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Setiap individu dan perniagaan yang memenuhi syarat bayar cukai perlu menyerahkan borang taksiran secara online melalui sistem e-filing kepada LHDN.

 

Di dalam borang taksiran, anda perlu mengisytiharkan beberapa perkara seperti pendapatan bercukai, pelepasan dan pemotongan cukai serta rebat cukai yang pernah diperolehi.

 

Pengiraan cukai tak perlu dilakukan secara manual, sebaliknya sistem e-filing akan membuat pengiraan secara automatik.

 

Bagi anda yang mungkin pertama kali hendak melakukan potongan cukai, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membuka fail dengan LHDN dan mendaftar di e-daftar.

 

Sistem e-filing boleh digunakan untuk urusan selanjutnya selepas anda berjaya mendapatkan nombor pin.

 

 

Cara Pengiraan Cukai Pendapatan Individu

 kadar cukai pendapatan

 

Seperti yang dinyatakan awal tadi, pengiraan kadar cukai pendapatan dilakukan secara automatik di dalam sistem e-filing.

 

Namun untuk kefahaman anda, kami lampirkan contoh yang mudah.

 

Katakan;

 

Pendapatan tahunan yang anda perolehi adalah RM50,000; hasil pendapatan daripada sewaan adalah RM4,000; faedah daripada deposit tetap RM2,000.

 

Maka jumlah keseluruhan pendapatan tahunan anda ialah RM56,000.

 

Daripada jenis-jenis duit yang ‘masuk’ di atas, walaupun deposit tetap dianggap sebagai pendapatan yang dikecualikan cukai, maka pengiraannya seperti di bawah:

RM56,000 – RM2,000 = RM54,000

 

Lebih ringkas;

 

Jumlah pendapatan bercukai – pendapatan yang dikecualikan cukai = JUMLAH PENDAPATAN BERCUKAI.

 

Cara Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan Online (e-filing)

 

Di bawah kami kongsikan panduan cara mengisi dan menghantar e-filing yang betul. Dengan ini lebih mudah untuk anda mengira kadar cukai pendapatan.

 

Langkah 1 : Log in ke ez-Hasil

kadar cukai pendapatan

 

Klik pautan ini http://ez.hasil.gov.my/CI/

 

Untuk yang pertama kali, anda perlu klik Login Kali Pertama dan isi nombor PIN kemudian ikuti kesemua langkah untuk mendapatkan sijil digital.

 

Selepas mendapat sijil digital, langkah yang sama juga untuk mereka yang sudah ada akaun dengan memasukkan nombor myKad dan password yang telah didaftar.

 

 

Langkah 2 : Pilih e-borang

 kadar cukai pendapatan

 

Apabila anda klik pada e-borang, anda akan melihat pelbagai senarai borang cukai pendapatan.

 

e-E: Majikan

e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan

e-B: Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan

e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia

e-P: Perniagaan perkongsian

e-M: Individu bukan warganegara Malaysia

e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia

 

Untuk anda yang ingin mengisytiharkan cukai pendapatan bukan perniagaan, klik borang e-BE dan pilih tahun taksiran semasa.

 

 

Untuk anda yang ingin mengisytiharkan cukai pendapatan perniagaan, anda perlu rujuk akauntan terlebih dahulu untuk menyediakan penyata akaun untung rugi dan kunci kira-kira sebelum mengisi borang e-B. Kerana di dalam borang e-B terdapat ruangan yang mana anda perlu mengisi butiran maklumat dari akaun untung rugi serta kunci kira-kira tersebut.

Hal ini kerana, ramai peniaga yang isytihar cukai sendiri tetapi terdapat banyak kesalahan dalam pengisian borang e-B tersebut dan mengakibatkan peniaga dikenakan penalty apabila audit siasatan dijalankan.

 

Jika anda baru pertama kali hendak mengisytiharkan cukai pendapatan bagi perniagaan anda dan memerlukan bantuan, dapatkannya di Real Management Services Sdn Bhd.

 

 

Langkah 3 : Semak butiran peribadi

kadar cukai pendapatan

 

Sila semak segala Maklumat Diri. Jika anda mahu lebihan bayaran cukai dikreditkan terus ke akaun anda, isikan nama bank dan nombor akaun dengan betul.

 

Jika tidak, bayaran lebihan cukai akan diberikan secara baucar.

 

 

Langkah 4 : Isi jumlah pendapatan tahunan

 

Anda perlu isi jumlah semua pendapatan yang diperoleh bagi tahun taksiran, termasuklah pendapatan penggajian, dividen, sewa, faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan dan keuntungan lain.

 

Anda juga boleh memaklumkan jumlah derma dan hadiah yang diluluskan kepada organisasi yang diiktiraf oleh LHDN sebagai penolakan cukai.

 

Atau; jika majikan membuat potongan cukai berjadual (PCB) untuk anda, pastikan butiran diisi dengan betul sebagaimana di dalam Borang EA/EC.

 

Begitu juga jika ada pendapatan tahun-tahun terdahulu sepatutnya dikenakan cukai namun tidak diisytiharkan, anda boleh mengisinya di bahagian Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan.

 

 

Langkah 5 : Isi maklumat pelepasan cukai, pengecualian cukai dan rebat cukai

 kadar cukai pendapatan

 

Pastikan segala butiran yang diisi itu benar, dilakukan pada tahun taksiran dan disertakan dengan resit dan bukti pembayaran.

 

 

Langkah 6 : Semak jumlah cukai perlu bayar atau lebihan cukai

 

Pada bahagian Rumusan, sistem akan secara automatik mengira jumlah cukai yang dikenakan, jumlah cukai yang telah dibayar (PCB) dan cukai perlu bayar/lebihan cukai untuk bayaran balik.

 

Jika jumlah cukai yang dikenakan lebih besar daripada PCB, maka anda perlu buat bayaran untuk jumlah yang masih belum cukup tersebut.

 

Jika jumlah PCB lebih besar daripada jumlah cukai yang dikenakan, maka LHDN akan buat bayaran balik lebihan cukai kepada anda.

 

Langkah 7 : Sahkan Borang Taksiran

 

Anda boleh sahkan borang taksiran dengan klik pada bahagian Tandatangan & Hantar jika telah berpuas hati dengan maklumat yang diisi dan pengiraan yang telah dibuat.

 kadar cukai pendapatan

 

Demikianlah langkah isi e-filing untuk pengiraan cukai pendapatan. Mudah kan?

 

Jika anda baru pertama kali hendak mengisytiharkan cukai pendapatan dan memerlukan bantuan, dapatkannya di Real Management Services Sdn Bhd.

 kadar cukai pendapatan

 

Selain khidmat percukaian individu, mereka turut menawarkan khidmat bantuan institusi perniagaan dan korporat yang berkaitan denganmaklumat Perakaunan, Percukaian, Pengauditan, Undang-undang dan lain-lain.

 

Ia ditubuhkan pada 1990 dan dikenali sebagai RRH Management Services. Pada tahun 2010, syarikat ini dikenali sebagai Real Management Services sehingga ke hari ini.

 

Firma ini telah berdaftar dengan:

  • Institute Of Approved Company Secretaries (IACS)
  • Kementerian Kewangan
  • Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 

Klik sini untuk melihat lebih lanjut khidmat profesional yang ditawarkan.

 

Untuk bantuan pengiraan cukai pendapatan, sila whatsapp di nombor Ini.