Ramai orang menganggap pendaftaran syarikat merupakan perkara yang mudah. Malah, ada juga yang memandang remeh terhadap isu-isu penting seperti cukai. 

Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan untuk memulakan sebuah organisasi mahupun perniagaan. 

Buat pengetahuan anda, semua perniagaan di Malaysia perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Ia merupakan badan pentadbir yang memantau setiap operasi yang dijalankan oleh syarikat di Malaysia. 

Jika anda ingin mengetahui kelebihan daftar syarikat dengan lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini.

Jenis-jenis Pendaftaran Perniagaan 

Sebelum kami mengupas topik ini dengan lebih lanjut, kami akan menerangkan jenis-jenis pendaftaran perniagaan yang anda perlu tahu. 

Perkara ini amat penting kerana ia merupakan langkah pertama sebelum anda mendaftar syarikat. 

Ia menentukan jenis pendaftaran, peraturan dan panduan am yang perlu anda ikuti. 

Berikut ialah jenis-jenis pendaftaran perniagaan: 

  • Perniagaan tunggal

Perniagaan tunggal merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. 

Perniagaan milikan tunggal ini berkuatkuasa di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. 

Sebagai seorang pemilik, anda perlu menandatangani di ruangan maklumat dan pengesahan. 

Ini bertujuan untuk mengumpul rekod setiap orang yang berdaftar dan mempunyai syarikat tersendiri. 

  • Perniagaan Perkongsian 

Perniagaan perkongsian pula merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh dua dan tidak lebih daripada 20 orang pemilik (rakan kongsi). 

Sama seperti pemilik perniagaan tunggal, anda juga perlu menandatangani di ruangan maklumat dan pengesahan bagi tujuan merekod.

Maklumat Pendaftaran Syarikat 

Pada bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa syarat-syarat penting sebelum anda mendaftar syarikat perniagaan. 

Berikut merupakan syarat-syaratnya:

a. Perniagaan yang didaftar perlu memenuhi syarat-syarat daripada Seksyen 

Anda boleh dapati syarat-syarat tersebut di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

Anda boleh dapati kedua-dua dokumen penting tersebut dengan menekan pautan di bawah ini: 

i) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 

ii) Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 

b. Sebagai seorang pemilik kepada syarikat perniagaan, beliau haruslah seorang warganegara Malaysia atau penduduk tetap. 

Selain itu, pemilik syarikat mesti berumur 18 tahun dan ke atas. 

c. Perniagaan mestilah beroperasi di negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan Persekutuan Labuan. 

Langkah-langkah Pendaftaran Syarikat 

Pasti anda ingin tahu langkah-langkah ketika mendaftar syarikat. Disebabkan itu, pihak kami sertakan beberapa langkah atau prosedur pendaftaran syarikat yang perlu anda tahu: 

1. Pemilik tunggal atau rakan kongsi bagi sesebuah syarikat haruslah mendaftar perniagaan mereka tidak lewat daripada 30 hari

Jangka masa ini adalah berpandukan daripada tarikh bermulanya perniagaan. 

2. Pendaftaran perniagaan boleh dilakukan dengan menggunakan nama sendiri atau nama tred. 

Buat pengetahuan anda, anda boleh membuat semakan mengenai nama perniagaan yang sudah didaftarkan di portal MyData SSM. 

Jika anda ingin mendaftar nama sendiri sebagai nama syarikat perniagaan, anda perlu memastikan nama tersebut adalah sama seperti di dalam kad pengenalan. 

Manakala, nama tred merujuk kepada nama perniagaan yang dicipta bagi tujuan komersil. 

Berbeza daripada nama sendiri, nama tred perlu dapatkan kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, SSM. 

3. Pendaftaran ini boleh dilakukan secara atas talian melalui Ezbiz Online. 

4. Yang terakhir sekali, anda boleh mendapatkan maklumat serta panduan yang lebih lengkap melalui website rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Di sini, anda boleh mendapatkan info-info terkini seperti panduan pendaftaran nama perniagaan.

Pembayaran Cukai Bagi Syarikat 

Bagi mereka yang layak membayar cukai, anda perlu melunaskan pembayaran tersebut kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

Anda boleh membuat pembayaran cukai secara ansuran. Ini dapat mengelakkan anda membayar cukai dengan jumlah yang besar (lump sum) pada saat akhir.

Pembayaran cukai bagi syarikat yang ditubuhkan adalah berdasarkan Skim Ansuran CP204. 

Sebagai pemilik syarikat yang telah beroperasi, anda perlu membayar ansuran cukai bermula daripada bulan ke-2 mengikut tahun taksiran. 

Manakala, jika syarikat anda baru beroperasi, anda perlu membuat pembayaran ansuran cukai pada bulan ke-6 selepas syarikat anda menjalankan perniagaan. 

Anda boleh membuat pembayaran ansuran cukai selewatnya pada tarikh 15 setiap bulan. 

Sekiranya anda gagal membuat bayaran cukai mengikut tarikh yang ditetapkan, pihak LHDNM akan mengenakan penalti sebanyak 10% terhadap anda. 

Anda akan diberikan masa selama 60 hari untuk melunaskan pembayaran cukai dan penalti tersebut. 

Jika anda masih tidak membayar kedua-dua amaun tersebut, pihak LHDNM akan mengenakan penalti tambahan sebanyak 5% ke atas baki cukai yang tertunggak dan penalti terdahulu. 

Cara-cara Bayar Cukai 

Kini, anda sudah boleh membayar cukai secara atas talian (e-bayaran). Ini bertujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia serta meningkatkan kecekapan proses pemungutan cukai. 

Berkuat-kuasa dari 1 April 2021, kaunter perkhidmatan di semua Pusat Bayaran LHDNM hanya menerima bayaran berikut: 

  1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) 
  2. Cukai Pegangan 
  3. Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara) 
  4. Bayaran Kompaun
  5. Bayaran Cukai Pendapatan (kad kredit/kad debit) 

Buat anda yang ingin melakukan bayaran yang tidak tersenarai di atas, anda boleh mengikut kaedah bayaran seperti berikut:

  1. Melalui portal MyTax 
  2. Portal perbankan internet (dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM) 
  3. Di kaunter Pos Malaysia dan bank komersial 
  4. Mesin deposit tunai bank (dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM) 
  5. Mesin juruwang automatik “ATM” (dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM) 

Sebab-sebab Perlu Mengenakan Cukai 

a. Menjaga kebajikan masyarakat 

Dengan membuat pembayaran cukai, kebajikan masyarakat akan lebih terjaga. Sebagai contoh, golongan B40 dan mereka yang memerlukan menerima pelbagai bantuan serta manfaat daripada cukai. 

Antara bantuan yang mereka peroleh adalah pemberian tunai seperti Bantuan Sara Diri dan Bantuan Penjana. 

b. Digunakan untuk membina infrastruktur 

Sebagai seorang rakyat, pasti kita ingin kemudahan infrastruktur yang dapat meringankan beban dan memenuhi keperluan. 

Antara kemudahan tersebut ialah sekolah, hospital, dan juga pengangkutan awam. Keperluan infrastruktur ini amat penting dalam memastikan kebajikan orang-orang awam terjaga. 

c. Elak daripada bayaran secara lump sum

Ini merupakan antara sebab-sebab utama mengapa anda perlu melaksanakan pembayaran ansuran cukai mengikut kadar hari yang ditetapkan. 

Oleh itu, jangan mengelak daripada membayar cukai pada awal waktu. 

Kesimpulannya, anda boleh memulakan perniagaan dengan mendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Sebelum itu, pastikan anda sudah meneliti syarat-syarat serta panduan bagi melengkapi proses pendaftaran. 

Dengan ini, anda akan lebih cakna mengenai tanggungjawab sebagai seorang pemilik perniagaan dan rakyat Malaysia. 

 

Dapatkan Servis Real Management Services!

Real Management Services membantu institusi perniagaan dan korporat dalam hal-hal berkaitan pengauditan, undang-undang, dan banyak lagi!

Ditubuhkan sejak 1990, Real Management Services adalah antara pakar yang berpengalaman dalam industri yang anda perlukan.  

Firma ini telah mendaftar dengan Institute of Approved Company Secretaries (IACS), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Laporan yang disediakan oleh Real Management Services adalah komprehensif dan relevan berdasarkan dokumen yang disediakan. 

Real Management Services juga menawarkan:

  • Perkhidmatan setiausaha syarikat,
  • Pendaftaran MOF,
  • Pembaharuan lesen TNB, TM dan vendor lain,
  • Perundingan cukai pendapatan (individu, syarikat dan persatuan NGO),
  • Membantu pelanggan dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia,
  • Khidmat nasihat pelanggan yang baik berkaitan dengan bidang perniagaan pelanggan,
  • Penyediaan dan pemfailan penyata cukai dalam talian,
  • Perkhidmatan berkanun, audit dalaman, audit pengurusan atau audit biaya

Real Management Services sangat komited dalam meningkatkan tahap kecekapan dalam perkhidmatan untuk memenuhi keperluan khusus anda.

Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengembangkan disiplin inovatif dan profesional untuk perniagaan anda.

Tak perlu risau kerana ramai pelanggan Real Management Services melaporkan bahawa mereka mendapat layanan yang sangat memuaskan.

Antara pelanggan kami adalah perusahaan perniagaan, NGO, ejen insurans dan takaful, ejen produk kesihatan, PKS, perniagaan dalam talian dan banyak lagi.

Tak perlu pening-pening lagi dan dapatkan servis kami.

Hubungi Real Management Services Sekarang!