Zakat adalah salah satu Rukun Islam yang kelima yang wajib untuk dipenuhi oleh umat Islam. Mengeluarkan zakat juga melambangkan seseorang itu seorang yang pemurah.

 

Adakah anda pernah dengar tentang zakat perniagaan? Zakat ini wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% dari hasil pendapatan perniagaan apabila sudah mencukupi haul.

 

Ia merupakan hasil daripada harta perniagaan yang melibatkan barangan atau perkhidmatan seperti pembuatan, perikanan, pembekalan, perkhidmatan atau sebagainya

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan zakat ini, mari kita baca artikel ini sehingga habis.

 

Dalil Zakat Perniagaan

zakat perniagaan

Mengeluarkan zakat melambangkan sikap yang pemurah. Untuk berjaya dan diberkati dalam bidang perniagaan, seseorang itu tidak boleh bersikap kedekut dan bakhil.

 

Firman Allah SWT:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]

Allah SWT menjelaskan bahawa orang yang beriman kepada-Nya tidak akan lalai dan leka dengan harta perniagaan dan perlu mengeluarkan zakat.

 

Hadis Nabi Tentang Zakat

zakat perniagaan

Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW:

 

“Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing)”.[HR Bukhari]

 

Ini menunjukkan bahawa ibadah ini adalah wajib bagi setiap individu yang mempunyai harta dan perlu mengeluarkannya mengikut kemampuan masing-masing.

 

Apabila seseorang itu membayarkan zakat yang wajib, sebagai contoh seorang lelaki, dia akan dikurniakan dengan isteri yang solehah, anak yang taat dan rumah tangga bahagia.

 

Selain itu, pembayaran zakat bukanlah membayar zakat fitrah semata-mata, seseorang itu juga perlu membuat pembayaran zakat harta.

 

Asas Umum Pengiraan Zakat Perniagaan

zakat perniagaan

Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa zakat ini perlu dikeluarkan apabila anda sudah menghitung jumlah wang tunai, hutang pelanggan dan hutang sendiri dan telah mencukupi haul.

 

Daripada Maimun Ibn Mihran:

Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah diambilkira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.

 

(Riwayat Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam, Kitab Al-Amwal)

 

Syarat Wajib Zakat Pernigaan Yang Anda Perlu Tahu

 zakat perniagaan

  • Muslim

 

Bagi perniagaan yang mempunyai partnership dengan orang yang bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang Islam sahaja yang perlu dizakat.

 

  • Nisab Mencukupi

 

Nisab merupakan amaun minimum yang akan menentukan jika anda wajib atau tidak mengeluarkan zakat. Nisab ini bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.

 

  • Haul yang Mencukupi

 

Pengiraan harta perniagaan ialah dengan melihat keadaan akhir haul perniagaan iaiatu genap setahun perniagaan.

 

  • Sempurna Milik

 

Harta yang dizakat perlulah sempurna dari segi hak milik asset dan mempunyai kuasa yang sepenuhnya terhadap harta tersebut.

 

  • Halal dari segi Barang dan Perkhidmatan

 

Semua bentuk perniagaan haram seperti perjudian, arak dan sewaktu denganya tidak diwajibkan zakat. Hanya perniagaan halal sahaja yang wajib dizakatkan.

 

  • Niat Berniaga

 

Unsur-unsur seperti keuntungan dan amalan hendaklah wujud dan bergerak bersama-sama. Niat adalah untuk keuntungan dan amalan untuk menjalankan perniagaan.

 

Cara-Cara Mengira Zakat Perniagaan Yang Tepat

zakat perniagaan

Berikut adalah cara-cara pengiraan zakat ini yang betul:

  1. Modal Kerja

Kaedah pengiraan ini adalah amat sesuai bagi Syarikat Berhad, Koperasi, Enterprise dan lain-lain dimana ia terdapat pengkelasan Liabiliti Semasa serta Aset Semasa.

 

[Aset Semasa – Liabiliti Semasa] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%

 

  1. Modal Berkembang

Kaedah ini sesuai untuk institusi kewangan dan perbankan Islam dan mana-mana syarikat yang tidak mempunyai pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

 

[Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%

 

  1. Untung Rugi

Perniagaan yang tidak mempunyai akaun ataupun penyata kewangan seperti perniaga runcit can kecil boleh menggunakan kaedah ini.

 

[ Hasil / Jualan / Perolehan – Belanja / Kos Yang Ditanggung ] x 2.5%

 

Contoh Pengiraan Zakat Perniagaan Jika Anda Mempunyai Syarikat

zakat perniagaan

zakat perniagaan

Contoh Penyata Kewangan Syarikat ABC Sdn. Bhd.

 

Nota:

  1. Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap
  2. Lain-lain Penghutang Deposit utiliti dan akaun prabayar berjumlah RM50,000
  3. Peruntukan serta cadangan
  4. Tanpa caj, tidak bercagar dan tiada pembayaran semula secara tetap
  5. RM50,000 telah dicagarkan kepada bank
  6. RM100,000 Stok bahan mentah dan barang separuh siap
  7. Terdiri daripada overdraf bank
  8. Lain-lain akaun terakru dan pemiutang deposit diterima berjumlah RM50,000

 

Pengiraan Zakat Perniagaan Syarikat ABC Sdn. Bhd.

zakat perniagaan

Contoh Pengiraan Zakat Perniagaan Jika Anda Mempunyai Koperasi

 

Contoh Penyata Kewangan Koperasi XYZ Bhd.

 

Nota:

1.Prabayar, deposit seperti utiliti, pertaruhan dan pinjaman ahli

   Contoh:

  • Peruntukan honorarium lembaga pengarah dicadangkan
  •  Pertaruhan deposit dan pendahuluan
  • Pertaruhan wang bukan anggota
  1. Hanya peruntukan
  2. Pinjaman tahun semasa

 

Pengiraan Zakat Perniagaan Koperasi XYZ Bhd.

zakat perniagaan

Kaedah Pengiraan Untuk Modal Berkembang

 

Pengiraan akauan sebenar tidak dapat dilakukan kerana ianya mempunyai sifat yang komprehensif. Pengiraan dibuat menggunakan  perkara-perkara berikut:

 

  1. Penentuan ke atas pemilikan saham
  2. Melihat struktur dana
  3. Tiada pengkelasan liability semasa dan aset semasa

 

Kiraan dan Kalkulator Zakat Perniagaan

Untuk memudahkan kerja pembayaran zakat, anda boleh menggunakan Kalkulator Zakat Perniagaan. Kalkulator ini akan membantu anda untuk mengira jumlah zakat yang perlu dibayar.

 

Kalkulator ini terbahagi kepada dua iaitu Kalkulator Untung Rugi bagi peniaga-peniaga kecil dan Kaedah Modal Kerja bagi syarikat-syarikat besar seperti Syarikat Berhad dan Koperasi. 

 

Anda boleh melayari laman web rasmi Zakat di https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/perniagaan dan pilih sektor perniagaan anda seperti di atas.

 

Anda hanya perlu memasukkan jumlah-jumlah yang diperlukan seperti hasil jualan, untung bersih dan belanja untuk dikira oleh kalkulator tersebut dan terus membuat pembayaran zakat.

 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk membuat pengiraan zakat ini mengikut sektor perniagaan anda. 

 

Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan kalkulator zakat perniagaan seperti yang diterangkan di atas. 

 

Tetapi bagi yang baru memulakan perniagaan, ataupun yang masih samar-samar untuk membuat pengiraan mahupun pengiraan zakat, anda boleh rujuk Real Management Services.

 

Real Management Services merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan bagi institusi perniagaan yang merangkumi perakaunan, percukaian serta zakat.

 

Real Management Services dapat membantu anda untuk mengira peratus zakat perniagaan anda jika anda mengalami kesukaran dalam hal tersebut.

 

Antara perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan adalah:

 

  • Khidmat nasihat berkaitan perniagaan pelanggan.
  • Membantu pelanggan kami dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia.
  • Penyediaan dan Pemfailan Pulangan Cukai dalam talian.
  • Perkhidmatan Berkanun/ Audit Dalaman/ Audit Pengurusan dan Audit Kos.
  • Perundingan Cukai Pendapatan (Individu, Syarikat & NGO Persatuan).

 

Berurusan dengan Real Management Services adalah sangat senang kerana mereka sentiasa komited dalam melakukan kerja mereka.

 

Mudahkan pengiraan dan pembayaran zakat syarikat anda dengan Real Management Services.

Klik Sini Untuk Menghubungi Real Management Services