Adakah anda tahu jenis-jenis pelepasan cukai yang layak untuk anda tuntut?

Atau adakah anda menghadapi kesukaran untuk memfailkan cukai pendapatan? 

Anda berada di tempat yang betul!

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan semua perkara berkaitan pelepasan cukai serta akibat jika seseorang gagal menjelaskan cukai pendapatan.

Bukan itu sahaja, anda juga akan tahu jenis perbelanjaan apa yang boleh dituntut untuk pelepasan cukai. Oleh itu, teruskan membaca!

Gagal Menjelaskan Cukai Pendapatan, Apa Akibatnya?

pelepasan cukai

Tahukah anda apa itu cukai pendapatan?

Cukai pendapatan merupakan cukai tahunan yang dikenakan ke atas pendapatan seseorang individu dan perniagaan oleh kerajaan.

Demi kesejahteraan infrastruktur negara, sebahagian besar daripada hasil pendapatan anda akan disumbangkan kepada negara.

Pembayaran cukai merupakan tanggungjawab sivik. Oleh itu, pengelak cukai akan berhadapan hukuman penjara jika gagal menjalankan tanggungjawab dengan sengaja. 

Akta Cukai Pendapatan 1967 menyatakan bahawa kegagalan menyediakan Borang Penyata Cukai Pendapatan akan disabitkan denda sebanyak RM200 – RM2,000, penjara atau keduanya sekali.

Tambahan 300% atas cukai terkurang lapor juga akan dikenakan kepada mereka yang mengelak membayar cukai dengan sengaja atau membantu orang lain mengelak membayar cukai.

Pengelakan cukai di sini merujuk kepada situasi di mana tiada pembayaran cukai atau cukai yang dibayar tidak mencukupi. 

Tambahan pula, jika seseorang individu cuba untuk meninggalkan negara tanpa membayar cukai, dia akan disekat dan disenarai hitam oleh pihak imigresen dan perlu melunaskan semua tunggakan cukai dahulu.

 

Apa itu Pelepasan Cukai?

Pelepasan cukai merujuk kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh kerajaan untuk penolakan cukai bagi tahun taksiran berkenaan. 

Ia adalah untuk meringankan beban kewangan golongan pembayar cukai.

Dengan ini, cukai pendapatan yang dikenakan terhadap seseorang dapat dikurangkan. 

Seseorang individu dapat jimat sejumlah wang yang besar jika ia dirancang dengan betul.

Golongan Yang Layak Menuntut Pelepasan Cukai

Tahukah anda terdapat beberapa golongan yang boleh mendapat tuntutan pelepasan cukai?

Semua warganegara Malaysia layak untuk mendapat tuntutan pelepasan / rebat cukai, termasuk golongan :

  • Individu berstatus bujang
  • Pasangan berkahwin dan mempunyai ibu bapa sebagai tanggungan
  • Mereka yang mempunyai anak

 

Tuntutan Pelepasan Cukai

pelepasan cukai

Terdapat beberapa kategori pelepasan cukai yang anda boleh tuntut. 

1. Insuran Nyawa & KWSP

Anda boleh menuntut pelepasan cukai ke atas premium yang dibayar untuk pelepasan cukai insurans. Namun ianya terhad.

Untuk penjawat awam berpencen berhak mendapat pelepasan cukai terhad sebanyak RM7,000 untuk premium insurans hayat. 

Manakala individu bukan penjawat awam pula boleh menuntut sehingga RM3,000 untuk insurans hayat dan RM4,000 untuk KWSP.

2. Skim Persaraan Swasta (PRS)

Anuiti tertunda dan Skim Persaraan Swasta (PRS) juga boleh dituntut sehingga sebanyak RM3,000. 

3. Insuran Pendidikan & Perubatan

Premium insuran untuk manfaat pendidikan dan perubatan juga boleh dituntut sehingga RM3,000.

4. Gaya Hidup

Bagi kategori gaya hidup pula, banyak barangan atau perkhidmatan boleh dituntut untuk pelepasan cukai seperti:

  • Buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak
  • Peralatan sukan dan keahlian gimnasium
  • Komputer 
  • Pembayaran bil bulanan untuk langganan internet
  • Telefon pintar 

Bagi kategori ini, jumlah pelepasan cukai pendapatan maksimum adalah sebanyak RM2,500. 

Tambahan RM2,500 diberikan dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020 bagi pembelian komputer dan telefon pintar. Jumlah keseluruhan pelepasan gaya hidup adalah RM5,000.

Untuk makluman anda, akibat daripada penularan wabak yang  berlanjutan, tarikh akhir untuk memfailkan cukai anda adalah pada 30 Jun 2021 tetapi telah dilanjutkan selama 3 bulan iaitu kepada 30 September 2021 bagi tahun taksiran 2020.

p/s: Jom ke sini untuk belajar cara mudah kira kadar cukai.

Pastikan fail cukai anda lengkap dan maklumat yang anda isi adalah betul dan tepat. Anda juga diingatkan untuk menyimpan segala jenis resit yang penyata pelepasan yang dibenarkan untuk rujukan dan semakan pihak LHDN.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan pelepasan cukai, anda boleh hubungi LHDN melalui laman web atau talian hotline (03-8911 1000).

 

Anda ingin cara yang lebih mudah? Jangan risau kami ada solusi untuk anda!

real management service

Hubungi sahaja Real Management Services Sdn Bhd!

Real Management Services merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan maklumat perakaunan, percukaian, pengauditan dan perkhidmatan lain.

Ya, termasuklah zakat! 

Real Management Services bersedia untuk membantu anda dalam penyediaan dan pengurusan zakat.

Tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan perkhidmatan Real Management Services kerana kami telah berdaftar dengan:

  • Institute of Approved Company Secretaries (IACS)
  • Kementerian Kewangan
  • Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Fokus utama kami di Real Management Services adalah membantu institusi perniagaan dan korporat dan menawarkan pelbagai perkhidmatan selain dinyatakan di atas. 

Antaranya adalah:

  • Perundingan Cukai Pendapatan (Individu, Syarikat & NGO Persatuan).
  • Bantu pelanggan dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia
  • Khidmat nasihat berkaitan perniagaan pelanggan
  • Penyediaan dan Pemfailan Pulangan Cukai dalam talian.
  • Perkhidmatan Berkanun/ Audit Dalaman/ Audit Pengurusan dan Audit Kos.

Kami sentiasa komited dalam meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan kami jadi tidak perlu risau.

Selain daripada itu, kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam mengembangkan inovatif disiplin profesional terhadap perniagaan anda.

Nak dapatkan khidmat bantuan kami?