Bagi pemilik-pemilik syarikat diperbadankan, antara perkara yang paling penting adalah Penyata Tahunan (annual return). 

Salah satu kepentingan nya adalah untuk memastikan maklumat syarikat anda sentiasa dikemas kini. 

Di dalam artikel pada kali ini, kami akan berkongsi beberapa info-info penting yang anda perlu tahu mengenai Penyata Tahunan seperti waktu serahan Penyata Tahunan, penalti tidak serah simpan Penyata Tahunan serta maklumat yang perlu dimaklumkan pada setiausaha syarikat setiap tahun.

Artikel berkait

Setiausaha Syarikat: Apa Yang Anda Perlu Tahu Dengan Jelas

Apakah Maksud Penyata Tahunan (Annual Return)?

Annual return

Penyata tahunan wajib diserah simpan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada setiap tahun.

Ia merupakan maklumat syarikat yang terkini jika terdapat sebarang perubahan maklumat atau informasi.

Antara maklumat yang ada di dalam penyata tahunan adalah seperti:

  1. Maklumat pengarah syarikat (director) terkini.
  2. Maklumat saham syarikat serta senarai anggota pemegang saham (shareholder) .
  3. Alamat pejabat berdaftar
  4. Aktiviti syarikat (nature of its business)
  5. Maklumat pinjaman bank yang dibuat oleh syarikat
  6. Maklumat pengurus, setiausaha syarikat serta juruaudit.
  7. Maklumat pemilikan benefisiari (beneficial ownership) syarikat.
  8.  Alamat premis syarikat termasuk cawangan syarikat

Walaupun syarikat tidak aktif (dormant), syarikat tersebut tetap wajib menyerah simpan penyata tahunan kepada SSM.

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Serah Simpan Penyata Tahunan (Annual Return)?

Menurut Seksyen 68 Akta Syarikat 2016, syarikat Sdn Bhd hendaklah menyerah simpan penyata tahunan setiap tahun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 30 hari dari tarikh ulangtahun syarikat ditubuhkan.


Untuk makluman, tanggungjawab untuk menyerah simpan penyata tahunan setiap tahun kepada SSM adalah Setiausaha Syarikat yang telah dilantik oleh syarikat.

 

Tindakan yang boleh dikenakan sekiranya syarikat tidak serah simpan Penyata Tahunan (Annual Return).

Jika syarikat dan setiap pegawai melanggar akta syarikat 2016 di bawah Seksyen 68 (9) ini, boleh disabitkan kesalahan dan didenda tidak melebihi RM50,000 dan tidak melebihi RM1,000 sehari semasa kesalahan dilakukan berterusan setelah disabitkan. 

 

Maklumat Yang Perlu Maklumkan pada Setiausaha Syarikat untuk urusan kemaskini Penyata Tahunan (Annual Return)

Annual return

1.Perubahan alamat perniagaan/ tambahan cawangan syarikat
2. Perubahan maklumat pengarah/pemegang saham/modal syarikat.
3. Pengesahan berhubung Pematuhan Peruntukan Akta Wang tak Dituntut 1965 (Unclaimed Moneys Act1965) oleh syarikat.

Baca juga

Tax Consultant: Peranan dan Bagaimana Mahu Mencari Yang Terbaik Di Malaysia

Dapatkan Servis Real Management Services!

Real Management Services

Fokus Real Management Services adalah membantu institusi perniagaan dan korporat dengan menawarkan perkhidmatan berkaitan pengauditan, undang-undang, dan banyak lagi!

Ditubuhkan sejak 1990, Real Management Services sememangnya antara pakar dan berpengalaman dalam industri yang anda perlukan.  

Firma ini telah mendaftar dengan Institute of Approved Company Secretaries (IACS), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Laporan yang disediakan oleh Real Management Services adalah komprehensif dan relevan berdasarkan dokumen yang disediakan. 

Real Management Services juga menawarkan:

  • Perkhidmatan setiausaha syarikat,
  • Pendaftaran MOF,
  • Pembaharuan lesen TNB, TM dan vendor lain,
  • Perundingan cukai pendapatan (individu, syarikat dan persatuan NGO),
  • Membantu pelanggan dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia,
  • Khidmat nasihat pelanggan yang baik berkaitan dengan bidang perniagaan pelanggan,
  • Penyediaan dan pemfailan penyata cukai dalam talian,
  • Perkhidmatan berkanun, audit dalaman, audit pengurusan atau audit biaya

Real Management Services sangat komited dalam meningkatkan tahap kecekapan dalam perkhidmatan untuk memenuhi keperluan khusus anda.

Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengembangkan disiplin inovatif dan profesional untuk perniagaan anda.

Tak perlu risau kerana ramai pelanggan Real Management Services melaporkan bahawa mereka mendapat layanan yang sangat memuaskan.

Antara pelanggan kami adalah perusahaan perniagaan, NGO, ejen insurans dan takaful, ejen produk kesihatan, PKS, perniagaan dalam talian dan banyak lagi.

Tak perlu pening-pening lagi tentang annual return syarikat anda.

Dapatkan servis kami.