Tahukah anda bahawa sesebuah organisasi amat memerlukan tax consultant? Sebagai seorang pengurus bisnes, anda perlu mengambil serius mengenai pengambilan tax consultant. 

Hal ini disebabkan pemilik bisnes perlu memastikan bahawa tax consultant tersebut menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. 

Dengan ini, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar sekiranya anda memilih tax consultant dengan tepat.

Teruskan membaca untuk mengetahui peranan penting dan cara untuk memilih tax consultant dengan betul. 

Artikel berkait

Pelepasan Cukai: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Apakah Definisi Tax Consultant? 

Tax consultant, yang seringkali dirujuk sebagai penasihat cukai (tax advisor), adalah mereka yang mahir dalam perihal undang-undang cukai, perancangan dan pematuhan. 

Tax consultant mempunyai beberapa peranan yang penting. Antaranya ialah mereka bertanggungjawab untuk membantu firma-firma dan juga individu yang terlibat dalam bidang perniagaan. 

Salah satu syarat utama buat tax consultant bagi membantu klien-klien adalah untuk mematuhi kepada undang-undang cukai yang baharu.

Mereka (tax consultant dan klien) harus saling bekerjasama untuk memastikan liabiliti cukai sentiasa terjaga.

 

Apakah Peranan Seorang Tax Consultant? 

tax consultant

Tax consultant merujuk kepada individu yang mahir dalam selok-belok undang-undang cukai dan perundingan hal-hal kewangan.

Mereka membantu klien untuk menyelesaikan isu-isu kewangan seperti amanah, harta pusaka, dan cukai persaraan. 

Untuk maklumat tambahan, tax consultant harus sentiasa cakna mengenai undang-undang cukai; persekutuan dan negeri, yang terkini. 

Hal ini kerana mereka perlu menawarkan perkhidmatan dan solusi yang sewajarnya kepada klien. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh tax consultant ialah: 

  • Menyediakan penyata cukai 
  • Memohon pengurangan untuk mengurangkan bebanan cukai 
  • Memastikan liabiliti cukai pada kadar yang rendah ketika bersara 
  • Menguruskan hal-hal cukai mengenai pendapatan sewa harta tanah 
  • Menguruskan cukai keuntungan modal
  • Menguruskan hal-hal cukai kelangsungan hidup seperti perkahwinan, penceraian, kematian dan kelahiran. 

Kebiasaannya, tax consultant akan menerima pekerjaan di organisasi perunding kewangan, firma perakaunan, dan juga badan-badan kerajaan. 

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh tax consultant boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu secara talian dan di dalam pejabat. 

Artikel berkait

Cara Mudah Mengira Kadar Cukai Pendapatan

Bagaimana Memilih Tax Consultant Dengan Tepat? 

tax consultant

Tahukah anda bahawa salah satu ciri tax consultant yang baik adalah berjumpa dengan pelanggan untuk membincangkan matlamat dan juga strategi yang sewajarnya. 

Tax consultant yang boleh dipercayai ialah mereka yang amat mengambil berat mengenai undang-undang cukai demi kebaikan masa hadapan klien. 

Jadi, apakah 5 faktor yang perlu diberi perhatian ketika memilih tax consultant? 

1. Tax Consultant yang Berlesen Sah

Faktor pertama yang anda perlu memandang serius ialah memilih tax consultant yang sudah menjalani latihan serta mempunyai lesen dalam bidang percukaian.
Kedua-dua perkara tersebut amat penting kepada pekerjaan tax consultant. Hal ini kerana lesen seperti CPA (Certified Public Accountant) merupakan kelayakan yang sering digunakan dalam bidang perakaunan. 

Dalam pada itu, tax consultant yang memegang lesen secara sah dibenarkan untuk mewakili pelanggan mereka di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

Buat anda yang ingin mencari tax consultant yang sah dan benar, anda boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

2.Tax Consultant yang Berpengalaman dan Mendalami Pendidikan Mengenai Cukai 

Tugas tax consultant adalah amat berat. Oleh itu, mereka perlu mendalami ilmu percukaian sebaik-baiknya sebelum menceburi dunia pekerjaan.

Untuk itu, anda boleh membuat semakan terhadap latar belakang tax consultant di Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM).

CTIM merupakan sebuah institusi perbadanan yang menawarkan sebuah program Pembangunan Profesional Berterusan. 

Institusi CTIM mengutamakan program yang berkaitan dengan hal-hal percukaian. 

Program ini ditawarkan untuk memastikan tax consultant sentiasa cakna akan isu-isu semasa yang melibatkan masalah percukaian. 

Dengan adanya kemudahan sebegini, anda pasti akan menemui seorang tax consultant yang mahir dan bertauliah. 

3. Cari CPA yang Mampu Berfikir Secara Kritikal

Secara umumnya, kebanyakan tax consultant akan mencari jalan penyelesaian secara praktikal untuk mengurangkan perbelanjaan kepada pembayar cukai. 

Manakala, tax consultant yang terlatih amat mengambil berat mengenai perniagaan dan juga keperluan yang penting bagi klien 

Selain itu, tax consultant juga akan memberi khidmat nasihat mengenai perancangan cukai untuk mengurangkan beban perbelanjaan cukai.  

4. Tax Consultant Yang Bertanya Soalan 

Sebagai seorang klien, anda tidak seharusnya bertanya bermacam-macam soalan kepada tax consultant. 

Sebaliknya, seorang tax consultant yang bertanggungjawab akan bertanyakan soalan yang sewajarnya kepada anda. 

Antara contoh soalan yang wajar ditanyakan adalah mengenai syarikat, perniagaan, matlamat jangka masa panjang, dan juga perancangan perbelanjaan pada masa hadapan. 

5. Tax Consultant Untuk Kebaikan Jangka Masa Yang Akan Datang 

Tax consultant yang terbaik adalah individu yang sentiasa mengambil berat mengenai isu-isu semasa yang berlaku kepada klien.

Hal ini disebabkan tax consultant yang baik dapat membantu anda daripada membelanjakan sejumlah wang yang banyak.

Sebagai contoh, jika anda bekerjasama dengan seorang tax consultant yang mempunyai pelan percukaian yang sistematik, anda dapat menjimatkan wang perbelanjaan untuk jangka masa yang panjang. 

Kesimpulannya, memilih seorang tax consultant yang mahir merupakan langkah yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. 

Sebagai seorang pemilik bisnes, anda seharusnya bijak ketika memilih tax consultant yang memahami selok-belok percukaian dan kod cukai. 

Kod cukai dapat memberi pendedahan yang sewajarnya mengenai pengendalian syarikat dan juga pengurusan transaksi. 

Adakah anda sedang mencari tax consultant untuk bisnes anda? Jangan risau! Kami ada jalan penyelesaiannya.

real management service logo

Hubungi sahaja Real Management Services Sdn Bhd!

Real Management Services merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkaitan maklumat perakaunan, percukaian, pengauditan dan perkhidmatan lain.

Ya, termasuklah zakat! 

Real Management Services bersedia untuk membantu anda dalam penyediaan dan pengurusan zakat.

Tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan perkhidmatan Real Management Services kerana kami telah berdaftar dengan:

Institute of Approved Company Secretaries (IACS)

  • Kementerian Kewangan
  • Ejen Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Fokus utama kami di Real Management Services adalah untuk membantu institusi perniagaan dan korporat serta menawarkan pelbagai perkhidmatan selain dinyatakan di atas. 

Antaranya adalah:

Perundingan Cukai Pendapatan (Individu, Syarikat & NGO Persatuan).

  • Bantu pelanggan dalam setiap aspek perniagaan di Malaysia
  • Khidmat nasihat berkaitan perniagaan pelanggan
  • Penyediaan dan Pemfailan Pulangan Cukai dalam talian.
  • Perkhidmatan Berkanun/ Audit Dalaman/ Audit Pengurusan dan Audit Kos.

Kami sentiasa komited dalam meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan kami jadi tidak perlu risau.

Selain daripada itu, kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam mengembangkan inovatif disiplin profesional terhadap perniagaan anda.

Nak dapatkan khidmat bantuan kami?

Mudah saja, klik button di bawah!

 Hubungi Real Management Services Sekarang!